Taklimat Rang Undang – Undang Komunikasi dan Multimedia (PINDAAN) 2024

24 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2025, Khamis, NADI Rantau Panjang telah mengikuti Taklimat Pindaan Rang Undang - Undang kepada staf NADI Sabah dan Sarawak yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Program tersebut telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet dan telah dihadiri oleh semua staf NADI Sabah dan Sarawak.

Taklimat ini adalah untuk menerangkan tentang pindaan baru Rang Undang Undang Komunikasi dan Multimedia untuk pengetahuan semua staf dibawah projek SKMM. Seterusnya, peserta diberi penerangan tentang 3 pindaan kategori dibawah akta Komunikasi dan Multimedia. Kategori ini termasuk pembangunan industri, keselamatan rangkaian, dan pengurusan media baharu. Namun, taklimat ini menekankan pindaan 3 iaitu pengurusan media baharu dimana ini bertujuan kemaskini dan sebagai panduan kepada pihak penguatkuasaan, pendakwaan dan mahkamah dalam pindaan seksyen 233 “Jelik” kepada “Jelik Melampau”.

Diharapkan dengan penerangan dan perkongisan ini dapat memberi manfaat kepada staf dalam melakukan tugas seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali